Selasa, 7 Mei 2013

Dalil Quran dan Hadith

-->
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)



-->
Rasulullah SAW bersabda:   
“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”    
(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Memenuhi Panggilan Allah


Memenuhi Panggilan Allah

Allah telah memanggil kita untuk solat Tahajjud di hadapan-Nya. Akan tetapi, jangan dibayangkan Allah memerlukan ketaatan kita. Allah semata-mata sayang kepada kita. Berkenankah kita memenuhi panggilan-Nya dan bermunajat kepada-Nya?
Dalam firman-Nya, Allah s.w.t memerintahkan Nabi Muhammd s.a.w, para sahabat, dan umat-Nya untuk melaksanakan solat tahajud. Allah berfirman, “Hai orang yang berselimut (Muhamad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-perlahan,” Surah Al-Muzammil ayat 1-4.
Sa’ad bin Hisyam bertanya kepada Aisyah r.a “Beritahu aku tentang solat Rasulullah s.a.w.?” Beliau balik bertanya, “Tidakkah engkau membaca “Ya ayyuhal muzammil”? Aku menjawab, “Ya.” Beliau berkata, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mewajibkan solat tahajjud pada awal surat ini. Maka, Nabi s.a.w dan para sahabatnya pun mengerjakan solat tahjjud selama setahun, kerana Allah menahan pengakhirannya dua belas bulan di langit, sehingga Allah menurunkan pada akhir surat keringanan. Jadilah solat tahajjud itu sunnah setelah pernah menjadi wajib,” (HR Muslim)
As-Suhaili berpendapat, “Penamaan Nabi s.a.w dengan nama Al-Muzammil, memiliki dua faedah, pertama ; adanya kasih sayang dan perhatian. Kedua ; peringatan bagi setiap orang yang tidur berselimut agar sedar untuk solat tahajjud dan berzikir kepada Allah.”
Rasulullah s.a.w telah memberitahu bahawa Tuhan telah memanggil dan mengajak kita pada setiap malam untuk mengerjakan solat dan bermunajat kepada-Nya. Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit  dunia ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dan berkata, ‘Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, Akan aku ampuninya,” (HR Bukhari-Muslim)