Memenuhi Panggilan Allah
Allah telah
memanggil kita untuk solat Tahajjud di hadapan-Nya. Akan tetapi, jangan
dibayangkan Allah memerlukan ketaatan kita. Allah semata-mata sayang kepada
kita. Berkenankah kita memenuhi panggilan-Nya dan bermunajat kepada-Nya?
Dalam firman-Nya,
Allah s.w.t memerintahkan Nabi Muhammd s.a.w, para sahabat, dan umat-Nya untuk
melaksanakan solat tahajud. Allah berfirman, “Hai orang yang berselimut (Muhamad), bangunlah (untuk sembahyang) di
malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah
dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Quran
itu dengan perlahan-perlahan,” Surah Al-Muzammil ayat 1-4.
Sa’ad bin Hisyam
bertanya kepada Aisyah r.a “Beritahu aku tentang solat Rasulullah s.a.w.?”
Beliau balik bertanya, “Tidakkah engkau membaca “Ya ayyuhal muzammil”? Aku menjawab, “Ya.” Beliau berkata,
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mewajibkan solat tahajjud pada awal
surat ini. Maka, Nabi s.a.w dan para sahabatnya pun mengerjakan solat tahjjud
selama setahun, kerana Allah menahan pengakhirannya dua belas bulan di langit,
sehingga Allah menurunkan pada akhir surat keringanan. Jadilah solat tahajjud
itu sunnah setelah pernah menjadi wajib,” (HR Muslim)
As-Suhaili
berpendapat, “Penamaan Nabi s.a.w dengan nama Al-Muzammil, memiliki dua faedah,
pertama ; adanya kasih sayang dan perhatian. Kedua ; peringatan bagi setiap orang
yang tidur berselimut agar sedar untuk solat tahajjud dan berzikir kepada
Allah.”
Rasulullah s.a.w
telah memberitahu bahawa Tuhan telah memanggil dan mengajak kita pada setiap
malam untuk mengerjakan solat dan bermunajat kepada-Nya. Dari Abu Hurairah r.a
bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia ketika tinggal sepertiga malam yang
akhir dan berkata, ‘Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, Akan aku ampuninya,”
(HR Bukhari-Muslim)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan